‘Saya Sumpah Mereka Jadi Daie’ Inilah SUMPAH Dan NASIHAT Yang Penuh HIKMAH Buat Polis Pengiring Dan VVIP Dari Seorang Ustaz Yang Buat Ramai SETUJU !!!

| November 19, 2015 | 0 Comments

‘Saya Sumpah Mereka Jadi Daie’ Inilah SUMPAH Dan NASIHAT Yang Penuh HIKMAH Buat Polis Pengiring Dan VVIP Dari Seorang Ustaz Yang Buat Ramai SETUJU !!!Saya sumpah 2 motor polis trafic dan siapa pun menteri yang potong saya mengejut tadi terus masuk depan saya kerana nak masuk kiri. Saya sumpah semua jadi Daie, bertaubat dan masuk syurga. 15 Nov Ahad 12.45 tgh hari. Syukur pada Allah semuanya selamat.

Untitled

Saya bawa isteri dan 4 orang anak saya dalam kereta. Dalam keadaan jalanraya kosong sebelum masuk tol sungai besi higwayplus dari kl ke seremban. Polis yang mengiringi dan vvip nak masuk ke sri kembangan bulatan kuda. Saya nak terus. Saya tengah bawa tak sampai 100km sejam, saya kena brek habis terus ke tepi jalan sampai meter saya hampir berhenti tiba-tiba. Saya rasa macam sengaja atau macam anak-anak kecil main game agaknya. Game over, boleh mula semula..kalau saya seorang saya ok jer. Ya Allah semoga Allah maafkan kamu semua… Jalan 3 lane. Ramai-ramai motor polis trafic dan vip potong depan saya. Saya tak kisah siapa pun lalu. Besar mana pun dia. Tapi Allah maha besar. Kadang-kadang fikirlah keselamatan orang lain bawa anak-anak. Tunggulah sekejap. Saya tahu tuan-tuan ada kuasa dan menjalankan tugas..tapi saya benar-benar terkejut dan anak isteri saya terkejut. Jangan pertaruhkan nyawa untuk perkara yang belum tentu benarnya. Motor terus berada depan kenderaan saya tiba-tiba. Dah banyak kali kena. Ramai orang kena.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, saya tak terlanggar motor polis trafic tersebut. Allah selamatkan syukur. Polis, dan semua polis trafic banyak kebaikan kepada negara. Hanya Allah yang membalasnya. Setiap susah dan pengorbanan polis hanya Allah yang tahu. Saya pun benar-benar berterima kasih. Ramai ahli keluarga saya polis dan saya sayang semua..Saya kadang-kadang ada ceramah di sana… Tapi tadi benar-benar membahayakan keluarga saya.

Kalau budak muda samseng senang saya dakwah. Ajak belajar iman. Sebab mereka tahu mereka salah. Ini mesti tak rasa salah. Sebab saya raja, saya menteri, saya vvip, saya polis. Saya boleh buat apa sahaja.saya cuma hamba Allah biasa tapi saya teraniaya. Dan janji Allah bersama orang teraniaya.

Kata ustaz azhar idrus, jika trafic light kita merah. Kita berhenti. Hijau baru jalan. Tapi kalau menteri merah kita hijau siapa jalan. Menteri jalan. Tapi kalau trafic light hijau buat menteri atau vvip. Jika lembu melintas siapa jalan? dan jika lembu duduk banyak-banyak tengah jalan. Menteri atau vvip berhenti, lembu boleh jalan sesukanya. Atau boleh terus tidur tengah jalan. Allah ajar kita ,boleh guna lembu jer. Lembu lagi besar dari vvip. Kalau rasa nak cepat pakai siren besar-besar dan kuat-kuat dan bunyi kuat2 atau naik ambulans..Tak bahayakan nyawa orang lain. Saya maafkan kamu semua kerana Allah.

Ali ra kata saya tidak pernah mengambil manfaat dari rakyat saya. Dan tidak pernah akan menindas mereka. Kata Umar ra adakah kamu ingin menanggung bebanku di akhirat. Semua orang termasuk menteri atau raja-raja elok baca Hayatuss sahabah sampai khatam insyaAllah Allah beri sifat. Saya menulis salah satunya supaya ambil pengajaran dan berfikir buat sesiapa yang ingin dan diberi hidayah oleh Allah untuk berfikir- ebit lew

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *