Tindakkan Seorang Penyokong Bola Sepak Ini MENGEJUTKAN Persatuan Bola Sepak Sebuah Negeri Dan Mendapat PUJIAN !!!

| November 18, 2015 | 0 Comments

Tindakkan Seorang Penyokong Bola Sepak Ini MENGEJUTKAN Persatuan Bola Sepak Sebuah Negeri Dan Mendapat PUJIAN !!!Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu pada Ahad lalu menerima sepucuk surat dari seorang hamba Allah yang memohon maaf di atas kesalahan yang dilakukannya.

Untitled

Menariknya, pengirim surat yang tidak menyertakan namanya itu memohon maaf di atas kesalahannya yang memasuki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tanpa tiket, semasa perlawanan di antara Terengganu menentang Lions XII.

“Saya ingin memohon maaf kepada pihak Tuan kerana saya telah melakukan kesalahan memanjat masuk ke dalam Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 4 November 2015 tanpa pas masuk sebelum perlawanan bola sepak antara Terengganu menentang Lions XII.

“Ini kerana saya tidak berfikir panjang dan terpengaruh dengan rakan-rakan tanpa sedar saya melakukan kesilapan yang telah ditetapkan oleh pihak Tuan.

“Saya takut kesalahan ini akan dibicarakan di Mahkamah Allah dan juga menyesali perbuatan saya serta berazam tidak akan mengulanginya lagi,” katanya yang turut membayar harga tiket RM15 dalam surat berkenaan.

Untitled

Tindakan individu ini mendapat reaksi ramai kerana beliau berani mengakui dan sedar akan kesilapannya.

12027797_1181540101869009_7700616343020055807_n

“Kalaulah dapat bersahabat dengan hamba Allah ini. Sekiranya beliau membaca komen saya ini, hubungilah saya. Saya teringin untuk berkawan dengan orang yang jujur seperti ini,” kata Mohd Zulfahmie.

Kredit – THEHYPEMEDIA.COM

Tags: , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *