“Tribute” Kenang Pak Yus. Inilah Pengumuman Afdlin Shauki Dan Pihak Astro Buat Peminat Yang MERINDUINYA !!!

| December 2, 2015 | 0 Comments

“Tribute” Kenang Pak Yus. Inilah Pengumuman Afdlin Shauki Dan Pihak Astro Buat Peminat Yang MERINDUINYA !!!Kuala Lumpur: Konsert Juara Parodi minggu kelima yang akan disiarkan secara langsung melalui saluran Astro Warna, Jumaat ini, akan ditukar kepada konsert ‘tribute’ bagi mengenang pelawak popular Yussry Edo atau Yus Jambu yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Selayang di sini, Ahad lalu.

ob_64ae61_capture2

Pengurus Saluran Astro Warna Emarina Kamal berkata, Astro sepakat mengadakan konsert ‘tribute’ pada malam itu dan tidak ada pertandingan seperti kebiasaannya.

“Kami sedar ramai masih terkejut dengan pemergian Yus. Ada yang masih beremosi dan ini mungkin tidak bagus jika kami meneruskan pertandingan. Apa yang dilakukan ini juga sebagai hadiah terakhir daripada teman artis untuk arwah,” katanya.

Ini pulak Pengumuman yang dibuat oleh saudara Afdlin Sahuki :

Assalammualaikum, ramai yg terkejut dgn pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru baru ini dan ramai yg menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan juara parodi ini buat seminggu.

Setelah berbincang dgn pihak Asto, mereka bersetuju yg minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yg telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dlm bidang seni lawak di Malaysia yg bermula di Astro Warna.

Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah.

Rancangan juga akan bermula dgn bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yg sangat kami sayangi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman.

Untitled

Tags: , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *