“Saya Tak Boleh Cakap Saya Terlalu Sedih Jika Teringatkan Mereka,” Inilah Luahan SEDIH Datuk Kepada Dua Beradik Yang MATI Akibat DIKELAR Ibu Sendiri !!!

| December 3, 2015 | 0 Comments

“Saya Tak Boleh Cakap Saya Terlalu Sedih Jika Teringatkan Mereka,” Inilah Luahan SEDIH Datuk Kepada Dua Beradik Yang MATI Akibat DIKELAR Ibu Sendiri !!!ALOR SETAR – Datuk kepada dua kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun yang maut dikelar ibu sendiri mengakui amat sedih dengan kejadian itu.

image

Saw Weng Choon, 60, tidak dapat menahan kesedihan jika terkenang semula peristiwa ngeri itu.

“Saya tak boleh (cakap). Saya terlalu sedih jika teringatkan mereka,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Mendiang dua kanak-kanak itu dituntut oleh bapanya, Tee Choi Peng, 36, yang baru pulang dari Singapura kira-kira jam 1 petang.

Seluruh ahli keluarga mangsa yang sedang menunggu di pekarangan bilik mayat kelihatan amat sedih dengan tragedi itu.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu dibawa ke pusat pembakaran mayat di Sungai Pasir, Sungai Petani kira-kira jam 2.20 petang.

Sementara itu, ibu mangsa direman selama tujuh hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 8 Disember 2015.

Menurutnya,  perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Izham Ali lebih kurang jam 11 pagi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani berikutan wanita itu masih lagi dirawat di sana.

“Setakat ini, wanita berusia 35 tahun itu masih berada bawah pemerhatian doktor dan ditempatkan di wad psikiatri hospital berkenaan,” katanya.

Menurut Md Zukir, wanita berkenaan berada dalam keadaan stabil dan memberikan kerjasama terhadap siasatan polis.

Bagaimanapun, pihaknya masih menunggu laporan lengkap dari pasukan perubatan sebelum sebarang tindakan diambil.

Semalam, dilaporkan dua beradik itu ditemui maut dengan kesan kelar dipercayai dilakukan oleh ibunya dalam sebuah rumah dekat Taman Wira Indah, Sungai Petani.

Kejadian itu disedari datuk mangsa yang pulang ke rumah kira-kira jam 3 petang selepas selesai berniaga.

Suspek yang berusia lingkungan 30-an turut ditemui kemurungan dalam bilik sama selain kesan kelar di pergelangan tangan kiri akibat perbuatan sendiri.

Tags: , , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *