“Mansuhkan Undang-Undang KHALWAT” Inilah Cadangan Daripada G25 Yang MENGEJUTKAN Kita Sebagai Umat ISLAM !!!

| December 7, 2015 | 0 Comments

“Mansuhkan Undang-Undang KHALWAT” Inilah Cadangan Daripada G25 Yang MENGEJUTKAN Kita Sebagai Umat ISLAM !!!SHAH ALAM – Selepas mencadangkan pemansuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kumpulan bekas penjawat awam, G25 tampil menggesa penubuhan sebuah jawatankuasa perunding bagi membincangkan untuk meminda atau memansuhkan beberapa undang-undang syariah.

image

Jurucakap G25, Datuk Noor Farida Ariffin berkata, antara yang dicadang untuk dimansuhkan ialah hukuman terhadap perbuatan berkhalwat yang didakwa melanggar hak kebebasan seseorang seperti termaktub di dalam Perlembagaan.

Kata Noor Farida, pihaknya juga menentang sebarang hukuman terhadap perbuatan khalwat jika dilakukan di rumah persendirian kerana itu adalah hak dan privasi setiap individu.

“Tiada negara Islam lain yang mempunyai undang-undang khalwat.

“Ini bertentangan dengan Islam. Kamu tidak boleh mengetuk pintu rumah orang pada jam 3 pagi dan menangkap mereka,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Therakyatpost.com

Menurutnya lagi, perbuatan khalwat di tempat peribadi adalah dosa peribadi antara pelakunya dengan ALLAH dan pelaku khalwat hanya perlu dihukum sekiranya ia dilakukan di kawasan awam.

Kredit : Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: Agama, Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *