Eh Eh…Pesawat Siapa Ni Dah Setahun Parking Sini…Mengaku Cepat !!!

| December 10, 2015 | 1 Comment

Eh Eh…Pesawat Siapa Ni Dah Setahun Parking Sini…Mengaku Cepat !!!SEPANG: Maklumat pemilik tiga pesawat Boeing 747-200F yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus menjadi misteri apabila tiada pihak tampil menuntut pesawat berkenaan yang sudah beberapa kali bertukar tangan.

SEPANG 09 DECEMBER 2015. Pesawat Boeing 747-200F yang tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor. *** Local Caption ***

 Pangkalan data Boeing menunjukkan, ketiga-tiga pesawat itu mempunyai tanda pendaftaran TF-ARN, TF-ARH, TF-ARM iaitu tanda yang digunakan syarikat pajakan, Air Atlanta Icelandic, tetapi syarikat itu memaklumkan semua pesawat berkenaan sudah dijual pada 2008.

Isu pesawat terbabit menarik minat pelbagai pihak apabila Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) mengeluarkan notis dalam ruangan iklan akhbar The Star dan Sin Chew Daily Isnin lalu, selepas gagal mengesan pemilik tiga pesawat komersial terbabit, walaupun memiliki nombor pendafatarannya.

Pengurus Besar Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MASB), Zainol Mohd Isa, berkata pesawat berkenaan sudah tersadai di KLIA sejak lebih setahun.

51449480976_freesize image

“Pihak kami tidak pasti siapa pemilik pesawat ini sekarang dan siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini terutama bagi melunaskan bayaran meletakkan pesawat mereka di sini (KLIA) dan caj berkaitan.

“Mereka (pemilik) belum membayar sebarang kos tetapi kepada siapa hendak kami hantar bil? Setakat ini, hanya tiga pesawat berkenaan yang tersadai di KLIA,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tags: , , , ,

Category: Luar Biasa dan Pelik

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *