Video ‘Adik’ Bawa Geng Pecah Kedai CURI Enam Superbike Honda CBR1000RR !!!

| December 11, 2015 | 0 Comments

Video ‘Adik’ Bawa Geng Pecah Kedai CURI Enam Superbike Honda CBR1000RR !!!…Kuala Lumpur: Enam penjenayah termasuk seorang bekas pekerja memecah masuk sebuah kedai menjual ‘superbike’ di Setapak Jaya dan melarikan enam motosikal berkuasa tinggi, kelmarin.

sperb.jpg.transformed

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, mereka memecahkan tingkap tandas untuk memasuki premis sebelum pemotong mangga pintu belakang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mereka melarikan enam motosikal model Honda CBR1000RR.

“Nilai kerugian dianggar RM371,000 membabitkan enam motosikal dan beberapa aksesori termasuk topi keledar jenama Arai,” katanya.

Bagaimanapun, seorang daripada suspek itu, lelaki berusia 30 tahun digelar ‘adik’ ditahan di Jalan Conlay pada hari yang sama.

Menurut Zainuddin, siasatan mendapati lelaki yang ditahan itu ialah bekas pekerja pusat jualan motosikal berkenaan dan polis kini sedang memburu lima rakannya,

“Suspek direman sehingga 12 Disember untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu segera menghubungi balai polis berdekatan.

Kredit : Mymetro

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *