Inilah Gambar NGERI Keadaan Mangsa Yang DITETAK Dalam Kes SAMUN !!!

| December 14, 2015 | 0 Comments

Inilah Gambar NGERI Keadaan Mangsa Yang DITETAK Dalam Kes SAMUN !!!Batang Kali: Seorang pengurus projek menerima 10 jahitan di tangan kiri akibat ditetak penjenayah dalam kejadian samun di depan rumahnya di Jalan Semarak 3, Taman Semarak, di sini, pagi semalam.

15tetak.transformed

Kejadian berlaku kira-kira 10.50 pagi ketika mangsa dan isterinya baru tiba di rumah mereka selepas membeli barangan di pasar berhampiran.

Mangsa yang berusia 47 tahun hanya menyedari kehadiran suspek selepas mendengar jeritan isterinya dan secara tiba-tiba seorang lelaki bersenjata parang melibaskan parang ke arahnya sehingga menyebabkan tangan kiri luka dan pipi kiri calar.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, tindakan suspek itu dipercayai terkejut dengan menyangkakan mangsa cuba menyerangnya ketika keluar dari kereta sebaik mendengar isteri mangsa menjerit.

“Mangsa yang baru tiba di depan rumahnya belum sempat mengeluarkan barang dari tempat duduk belakang keretanya lalu terdengar isterinya menjerit.

“Apabila keluar kereta dapati seorang lelaki bersenjata parang melibaskan parang ke arahnya hingga mengakibatkan kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai seramai empat orang itu melarikan beg tangan berisi wang tunai, gelang emas serta telefon bimbit dengan menaiki motosikal.

12369072_10153537831404998_5258031784083849639_n12366363_10153537831424998_1262511962840626929_n

Tags: , , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *