Nabil Dedahkan Perasaan Dan Hubungan Sebenar Dia Dan Farahdhiya Selepas Di KRITIK Peminat !!!

| December 17, 2015 | 0 Comments

Nabil Dedahkan Perasaan Dan Hubungan Sebenar Dia Dan Farahdhiya Selepas Di KRITIK Peminat !!!GEGAR VAGANZA (GV) yang baru selesai pada Ahad lepas dengan Siti Nordiana diangkat sebagai juara musim kedua, turut memberi impak besar pada sala seorang hosnya iaitu Nabil Ahmad.

Untitled

Bergandingan dengan Jihan Muse, boleh dikatakan ramai yang menganggap GV itu semakin ‘galak’ bukan sahaja dengan persembahan bintang-bintang yang kembali menyengat malahan hangat dengan keletah pasangan hos tersebut.

Bagi yang mengikuti GV musim ini pasti tertanya-tanya mengapa Nabil suka sangat mengusik Farahdhiya?

Apakah, mereka pernah punya hubungan istimewa sebelum Nabil mengahwini isterinya Zira dan memiliki dua anak perempuan?

Farahdhiya telah diumumkan sebagai Naib Juara GV tahun ini dan Ezad Lazim pula di tempat ketiga.

“Saya dah agak memang ramai yang nak tahu mengapa saya suka sangat usik Farahdhiya.

“Sebenarnya saya dan dia dah kenal dan berkawan lama. Kami pernah sama-sama menjadi pengunjung sebuah gimnasium.

“Bukan dengan Farah saja, kalau buat show saya memang suka menyakat orang sebab itu sebahagian kreativiti saya untuk lebih memeriahkan suasana sesebuah program.

“Sekadar untuk buat orang ramai gelak dan semuanya untuk suka-suka sahaja, bukannya ada maksud atau niat lain.

“Saya selalu cakap, dalam dunia hiburan ini kita janganlah nak ambil serius sangat semua benda. Asalkan kita tahu batasan tertentu.

“Isteri saya pun faham kerja saya suka mengusik orang di atas pentas. Dia tak cemburu pun saya suka mengusik Farahdhiya. Dia dah faham benar sikap saya suka bergurau,” jelas Nabil.

Khabarnya, GV musim ini mencapai rating sebanyak lima juta penonton. Nabil memaklumkan kesan rating tinggi GV yang dikendalikannya bersama Jihan Muse turut beri impak positif apabila kredibiliti sebagai pengacara majlis semakin diterima baik.

“Syukur saya dapat banyak undangan show selepas ini dan bakal kendalikan musim terbaru ceria popstar tahun depan.

“Disebabkan itu juga saya terpaksa kurangkan ambil tawaran drama kerana faktor jadual yang sangat sibuk,” ujar hos rancangan sensasi Meletop di Astro Ria ini.

Tags: , , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *