(DIKEMASKINI) PESILAT Maut TERTIKAM Keris Ketika Membuat Persembahan Di Rumah Pengantin !!!

| December 20, 2015 | 0 Comments

PESILAT Maut TERTIKAM Keris Ketika Membuat Persembahan Di Rumah Pengantin !!!LABUAN – Seorang remaja lelaki maut akibat tertikam dengan keris semasa membuat persembahan di rumah pengantin, petang semalam.

Dalam kejadian yang berlaku di Kampung Patau itu, Mohd Amil Zulkarnain bin Jafar, yang juga ahli Silat Gayong Malaysia Cawangan Labuan (Gayong Serantau) maut setelah tertikam dengan keris.

1

“Saya dimaklumkan dan disahkan oleh gurulatihnya, Cikgu Rosni, bahawa seorang murid Gayong Labuan meninggal dunia ketika membuat persembahan di kenduri kahwin petang tadi. Mangsa tertikam keris di rusuk pada buah terakhir,” kata Makngah Perak.

DIKEMASKINI

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Mohd Amil Zulkarnain, 17, mengalami luka di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Nukleus Labuan untuk rawatan.

Beliau disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di jantung yang menyebabkan pendarahan yang banyak. Pemangku Ketua Polis Labuan, Deputi Superintendan Mohd Ibrahim Mohd Ghani, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada pihak hospital jam 1.23 tengah hari semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tertikam oleh sepupunya sendiri berumur 17 tahun .  “Mangsa dan suspek berada di majlis perkahwinan dan membuat pertunjukan silat menggunakan keris.

Ketika melakukan aksi silat, suspek dipercayai tertikam mangsa menyebabkan mangsa mengalami luka.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan, bagaimanapun tidak dapat menyelamatkannya. “Suspek sudah ditangkap dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

12404101_10207914788131337_1256791340_n_(1).transformed_0

Takziah buat keluarga arwah dan marilah kita beramai-ramai sedekahkan Al-fatihah untuk arwah Amil.

111

Via : Thehypemedia.com

P.S. 1 – Kereta Alphard Ini Melanggar Seekor Lembu Di Melaka… Akibatnya Bakal MENGEJUTKAN Anda !!!
P.S. 2 – Jangan TERKEJUT Lihat Apa Yang Wanita Ini MAKAN Di Sebuah Restoran Mewah Di ‪‎ICELAND‬ !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PERNAH TENGOK 5 GAMBAR PROTON JEBAT INI ? MEMANG MENGANCAM !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *