Video….Punca Utama Terjadi PERGADUHAN Dan KEKECOHAN Di Kompleks Kota Raya Yang Mengakibatkan Peniaga Di PUKUL !!!

| December 20, 2015 | 4 Comments

Video….Punca Utama Terjadi PERGADUHAN Dan KEKECOHAN Di Kompleks Kota Raya Yang Mengakibatkan Peniaga Di PUKUL !!!Kuala Lumpur: Kompleks Kota Raya di sini terpaksa ditutup pada 4.55 petang tadi, dipercayai akibat kekecohan selepas tujuh mangsa penipuan pembelian telefon bimbit menuntut wang mereka semula.

Untitled

Aktivis masyarakat, Roslan Ismail berkata, kehadiran mereka di kompleks berkenaan pada asalnya hanya untuk membantu mangsa yang ditipu.

“Kami tidak mahu timbulkan sebarang provokasi, tetapi kekecohan berlaku selepas seorang peniaga cuba menghalau dan bersikap biadab.

“Tidak salah jika mangsa mahu menuntut hak mereka,” katanya ketika ditemui di kompleks berkenaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Roslan berkata, hanya seorang mangsa yang berjaya mendapatkan kembali duitnya.

“Ada lagi yang tidak dapat wang mereka dan kami akan cuba bantu,” katanya.

Selain itu Dalam laporan lain mengesahkan Dua cedera di Kompleks Kota Raya apabila satu pergaduhan tercetus antara pekerja kedai telefon dan sekumpulan 20 individu yang mendakwa mereka telah ditipu oleh kedai tersebut.

Menurut polis, keadaan berada di dalam kawalan dan pihak mereka kini sedang mencari suspek yang mencetuskan pergaduhan yang berlaku kira-kira 5 petang hari ini.

Menurut laporan dari TheStar, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang media di luar kedai berkenaan dan meminta wang mangsa-mangsa yang di dakwa telah ditipu itu dikembalikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Deputi Supritendan M Gunalan bagaimanapun berkata pihak yang mencetuskan pergaduhan itu adalah pihak yang berasingan

“Mereka datang tidak lama selepas kumpulan itu(PPIM) mengadakan sidang akhbar di luar kedai untuk menuntut bayaran balik. Terdapat kira-kira 20 orang yang datang dengan kayu dan topi keledar dan memulakan pergaduhan dengan kira-kira lapan pekerja di kedai tersebut.

“Daripada apa yang kita dapat lihat, hanya satu meja telah dihancurkan oleh kumpulan itu dan beberapa telefon bimbit hilang. Mereka yang cedera dirawat kerana kecederaan ringan di Hospital Tung Shin,” kata DSP Gunalan.

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()