TERKINI…Dilaporkan Seorang Jemaah Malaysia HILANG Di Madinah !!!

| December 31, 2015 | 0 Comments

TERKINI…Dilaporkan Seorang Jemaah Malaysia HILANG Di Madinah !!!KUALA LUMPUR: Seorang jemaah Malaysia, Nor Azimah Ibrahim hilang ketika mengerjakan umrah di Madinah, dua minggu lalu.

12459904_10208001006126733_1777231676_n.transformed

Nor Azimah, 30-an yang juga seorang ibu tunggal dikatakan hilang selepas gagal dikesan ahli keluarganya dan kali terakhir dilihat berada di Masjid Nabawi pada 19 Disember.

Jiran keluarga mangsa yang dikenali sebagai Nasarudin Abd Manaf, ketika dihubungi, berkata dia mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga mangsa yang hingga kini masih berada di Makkah.

“Mangsa berangkat bersama ibu bapanya ke Makkah untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lalu menggunakan khidmat agensi swasta.

“Saya difahamkan, pada pagi kejadian dia (Nor Azimah) berada di Masjid Nabawi dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah kerana tidak sihat.

Ibu bapanya yang pulang ziarah sekitar tengah hari kemudian gagal mengesan mangsa di masjid berkenaan,” katanya.

Nasarudin berkata, hingga kini tiada berita mengenai kehilangan Nor Azimah yang sepatutnya pulang pada 22 Disember lalu.

Katanya, usaha sedang dilakukan bagi mengesan mangsa dan berharap wanita itu dapat ditemui segera.

P.S. 1 – Lelaki Ini Lawan Hujah Tentang Spesfikasi Yang Dikeluarkan Oleh JPJ Buat Ramai Orang Tepuk Tangan Tanda SETUJU !!!
P.S. 2 – “Ya ALLAH, Mengapa Terlalu Cepat Kau Ambil Dia Dan Tinggalkan Aku Sendirian” Inilah Diantara Nukilan SEDIH Isteri Arwah Pegawai Tentera Yang LEMAS Di AS Yang Buat Pengguna Laman Sosial TERSENTUH !!!
P.S. 3 – VIRAL…Gadis 14 Tahun…”Tolong. Aku Nak Balik. Diorang CULIK Aku” !!!
P.S. 4 – VIRAL…”JPJ Buat Apa? Ini Soal Nyawa Aku” !!!
P.S. 5 – Inilah GAMBAR-GAMBAR Proton Iriz 2016 Baru Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!!

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *