Akhirnya…The Red Warriors Akan Bertukar Kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors !!!

| January 5, 2016 | 0 Comments

Akhirnya…The Red Warriors Akan Bertukar Kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors !!!KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju secara lisan dengan dua syarat Pengasas Vida Beauty Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW) musim ini.

vidacaakkk.transformed

Walaupun rundingan awal sudah dilakukan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dan Bendahari KAFA, Nik Aminaldin Jaafar dengan jutawan kosmetik itu, kedua-dua pihak belum membuat persetujuan secara bertulis.

Menurut sumber dalaman KAFA, perbincangan secara terperinci perlu dilakukan KAFA dengan Dr Vida walaupun tawarannya itu dilihat munasabah untuk memenuhi dua syarat yang ditetapkan – Stadium Sultan Muhammad IV dicat merah jambu dan nama skuad Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

“Tidak dinafikan, KAFA secara dasarnya sudah menerima syarat Dr Vida, cuma banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan sebelum kontrak penajaan ditandatangani.

“Apabila sudah setuju tidak semestinya terus tandatangan kontrak kerana banyak lagi benda yang perlu diambil kira. Contoh, KAFA setuju dengan syarat stadium dicat warna merah jambu, tapi perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Perbadanan Stadium Kelantan (PSK).

“Kita sedia untuk membawa permohonan kepada PSK untuk mengubah warna stadium, tapi apa yang merisaukan kita kelulusannya nanti.

“Mungkin kerajaan negeri hanya mahu kerusi saja dicat merah jambu…oleh itu kita perlu bincang dulu dengan Dr Vida sama ada beliau bersetuju andai hanya itu saja diluluskan PSK,” katanya. Mengenai nama pasukan Kelantan yang didahului dengan nama Pamoga Qu Puteh, sumber berkenaan berkata, syarat itu tidak menjadi masalah kerana ia hanya sekadar nama, berbanding manfaat yang bakal diperoleh pasukan Kelantan.

“Kita tidak mahu peluang ini dilepaskan begitu saja kerana tiada pihak lagi sanggup memberi tajaan seperti Dr Vida lakukan. Cuma kita perlu lakukan perbincangan lanjut kerana selain dua syarat itu, mungkin masih ada lagi permintaan lain.

“Kita mahu biarlah apa yang KAFA lakukan ini berbaloi dengan masa depan TRW untuk menyaingi pasukan lain bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata beliau tidak mengetahui secara terperinci mengenai rundingan yang dilakukan antara KAFA dan Dr Vida berhubung isu penajaan TRW.

“Saya tidak mengetahui apa-apa maklumat kerana tidak terbabit secara langsung dalam rundingan berkenaan, hanya Bendahari KAFA dan Presiden KAFA yang menguruskan rundingan itu,” katanya.

P.S. 1 – Lelaki Ini Lawan Hujah Tentang Spesfikasi Yang Dikeluarkan Oleh JPJ Buat Ramai Orang Tepuk Tangan Tanda SETUJU !!!
P.S. 2 – “Ya ALLAH, Mengapa Terlalu Cepat Kau Ambil Dia Dan Tinggalkan Aku Sendirian” Inilah Diantara Nukilan SEDIH Isteri Arwah Pegawai Tentera Yang LEMAS Di AS Yang Buat Pengguna Laman Sosial TERSENTUH !!!
P.S. 3 – VIRAL…Gadis 14 Tahun…”Tolong. Aku Nak Balik. Diorang CULIK Aku” !!!
P.S. 4 – VIRAL…”JPJ Buat Apa? Ini Soal Nyawa Aku” !!!
P.S. 5 – Inilah GAMBAR-GAMBAR Proton Iriz 2016 Baru Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!!

Tags: , , , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *