“Wayang Pun Wayanglah Janji Dia Ada Hati Dengan ISLAM” Inilah Kenyataan BALAS Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah Terhadap Pihak Yang Mempersoalkan Patuh Syariah Rayani Air !!!

| January 12, 2016 | 0 Comments

“Wayang Pun Wayanglah Janji Dia Ada Hati Dengan ISLAM” Inilah Kenyataan BALAS Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah Terhadap Pihak Yang Mempersoalkan Patuh Syariah Rayani Air !!!KUALA LUMPUR – Pensyarah dan penceramah bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, memuji syarikat penerbangan baru Rayani Air yang berani memberikan perkhidmatan patuh syariah meskipun pemiliknya bukan beragama Islam, lapor Sinar Harian.

ff

Menurut beliau, pemilik Rayani Air lebih memahami budaya dan kehidupan masyarakat di negara ini walaupun ada pihak yang mendakwa syarikat itu cuba mengaut keuntungan menggunakan agama Islam.

“Mungkin ada yang berkata ini hanya wayang sahaja bagi mendapat keuntungan. Pada saya wayang pun wayanglah, sekurang-kurangnya dia ada hati dengan Islam, cukuplah. Daripada berkawan dengan ultra kiasu sekian lama tetapi makin tegar dan kuat menentang Islam,” katanya mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Dalam masa yang sama, beliau turut memuji ketegasan negara Brunei yang melaksanakan konsep patuh syariah pada syarikat penerbangan negara itu berbanding Malaysia yang tidak bertegas dan membiarkan sesetengah pihak ‘naik kepala’.

Menjawab mengapa syarikat bukan Islam perlu patuh kepada kehendak syariah, ini jawapan beliau:

  1. Malaysia adalah negara Islam. Islam agama Persekutuan. Ia harus dihormati oleh semua pihak. Islam memang menghormati agama lain asalkan ia tidak menganggu kita.
  1. Ajaran agama apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas, yang amat ditegaskan dalam Islam. Jika kita mengakui agama kita hebat, maka sokonglah Rayani Air. Jika tidak, hina sungguh kita.

Jangan seperti ultra kiasu, kerana mahukan produknya laku dan laris, maka dijenamakan dengan nama-nama yang kelihatan Islamik, sedangkan cara pembuatan dan pemprosesan tidak menepati kehendak syariah. Misalnya, bihun kotor ditulis dengan tulisan jawi, cap masjid dan macam-macam nama Melayu Islam.

  1. Jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk terkangkang kerusi kenderaan awam, perlu dirapatkan pahanya. Biarkanlah terbuka. Saya difahamkan pada asalnya pakaian pramugari tambang murah itu skirtnya sampai ke lutut. Tetapi bila tiba kepada pramugarinya, bukan sahaja disingkatkan, malah dibelah lagi.
  1. Isu pramugari menangis kerana pakaian seksi dan melayan arak sudah lama diadukan pada saya. Kes Dr Maza, kira kes baharu. Wahai Melayu yang duduk di syarikat tambang murah, buka mata hati mu. Jangan buta.
  1. Kenapa tidak mengambil pengajaran pesawat terpaksa berpatah balik, gara-gara penumpang mabuk. Jika arak itu baik, suruhlah sahaja pilot minum dahulu. Kenapa pilot diperiksa bebas daripada arak dan dadah sebelum memandu pesawat.
  1. Pelancong datang bukan nak minum arak, tetapi melihat negara, budaya dan cara hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik daripada kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport daripada mereka. Kenapa hidangkan minuman mereka, bukan minuman kita? Hidangkanlah sirap dan cendol.
  1. Sama juga membuat pertunjukan rock, R&B, dan lain-lain budaya Barat kepada pelancong. Bukankah sepatutnya, inang, zapin, keroncong, caklempong dan lagu etnik Cina dan India, Sabah dan Sarawak. Kenapa terhegeh-hegeh dengan budaya asing. Malah bangga lagi. Dalam hati pelancong sudah tentu tertawa, bodoh sungguh kita.
  1. Apa sebenarnya identiti Malaysia, saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi lebih Barat dari Barat, sehingga tidak mustahil jadi keparat. Justeru, bangunlah wahai pemimpinku! Kembali identiti negara ini yang berpaksikan kepada Islam tanpa menafikan hak orang lain dalam demokrasi.

“Akhir sekali kepada Rayani Air, Gua caya sama lu. Terbanglah setinggi yang kau mahu. Saya yakin penumpang akan rasa selamat. Aku tetap akan memilihmu. Allah bersamamu meskipun tidak bersunat,” katanya.

P.S. 1 – Lelaki Ini Lawan Hujah Tentang Spesfikasi Yang Dikeluarkan Oleh JPJ Buat Ramai Orang Tepuk Tangan Tanda SETUJU !!!
P.S. 2 – “Ya ALLAH, Mengapa Terlalu Cepat Kau Ambil Dia Dan Tinggalkan Aku Sendirian” Inilah Diantara Nukilan SEDIH Isteri Arwah Pegawai Tentera Yang LEMAS Di AS Yang Buat Pengguna Laman Sosial TERSENTUH !!!
P.S. 3 – VIRAL…Gadis 14 Tahun…”Tolong. Aku Nak Balik. Diorang CULIK Aku” !!!
P.S. 4 – VIRAL…”JPJ Buat Apa? Ini Soal Nyawa Aku” !!!
P.S. 5 – Inilah GAMBAR-GAMBAR Proton Iriz 2016 Baru Yang Bakal Buat Kita Kata WOW !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Tempatan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *