KEJAM…Budak Lelaki Berusia 5 Tahun Dibelasah Ibu Yang Khayal Dadah Kerana Enggan Belajar !!!

| February 3, 2016 | 0 Comments

KEJAM…Budak Lelaki Berusia 5 Tahun Dibelasah Ibu Yang Khayal Dadah Kerana Enggan Belajar !!!Prai: Hanya kerana enggan belajar, budak lelaki berusia lima tahun parah dibelasah ibunya berusia 41 tahun yang khayal dadah di Kampung Manis, di sini, semalam.

lebams.png.transformed

Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa parah dipukul dengan objek tumpul sehingga lebam di bahagian belakang badan dan bahagian muka.

Kejadian itu disedari jiran mereka yang terdengar tangisan mangsa yang dalam kesakitan meminta belas kasihan daripada ibunya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, jiran mangsa kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Katanya, pihaknya kemudian bertindak menahan ibu mangsa bagi tujuan siasatan lanjut manakala anaknya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

“Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dipukul ibunya kerana kanak-kanak itu enggan belajar dan suspek dipercayai bertindak agresif kerana berada di bawah pengaruh dadah.

“Ibu mangsa itu tidak bekerja dan hasil ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah,” katanya

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas wanita berkenaan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini untuk disiasat.

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *