“Mama Papa…Kaki Dah Rosak” Inilah Keadaan Kanak-Kanak Yang PUTUS Sebahagian Tapak Kaki Akibat TERSEPIT Eskalator Baru-Baru Ini !!!

| February 13, 2016 | 0 Comments

“Mama Papa…Kaki Dah Rosak” Inilah Keadaan Kanak-Kanak Yang PUTUS Sebahagian Tapak Kaki Akibat TERSEPIT Eskalator Baru-Baru Ini !!!Kuala Lumpur: “Setiap kali melihat kakinya, anak saya akan mengadu ‘mama papa, kaki dah rosak’. Ini membuatkan saya dan isteri sedih setiap kali mendengarnya,” kata Nasaruddin Mohd Idris, bapa kepada Dzil Mikhail Nasaruddin, kanak-kanak berusia tiga tahun yang putus sebahagian tapak kaki kiri akibat tersepit di eskalator di KL Sentral, Isnin lalu.

KUALA LUMPUR 12 FEBRUARY 2016. Nasaruddin Mohd Idris(kiri)dan isterinya, Nahzatul Syima Mustafa (kanan) menjaga anak mereka ,Dzil Mikhail Nasaruddin,3 yang dirawat diWad KK7, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur selepas kakinya tersepit di tangga bergerak eskalator KL Sentral isnin lalu. NSTP/ Zulfadhli Zulkifli.

Nasaruddin, 40, berkata, dia dan isteri, Nahzatulsyima Mustaffa, 31, sedih kerana anak yang dilahirkan sempurna sebelum ini melalui pengalaman kehilangan anggota badan sekelip mata.

Dia berkata, anaknya yang ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerap terjaga daripada tidur pada waktu malam kesan daripada insiden berkenaan.

“Apabila tidur, dia akan terjaga… Kadangkala dia menangis jadi kita legakan perasaan dia supaya rasa takutnya hilang.

“Saya ada bertanya adakah dia ingin menaiki kereta api lagi, tapi Dzil Mikhail kata tak mahu walaupun sebelum ini dia teruja menaikinya,” katanya.

Nasaruddin berkata, anaknya masih trauma dengan insiden itu.

Menurutnya, dia dan isteri cuba membantu memulihkan kembali semangat anak tunggalnya, sekali gus meneruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Katanya, dia berharap Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) menjalankan siasatan mencari punca serta penyelesaian insiden itu.

“Buat masa ini, DOSH ada berjumpa saya untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.

P.S. 1 – Inilah Kenyataan BALAS Kepada Anak Menteri Besar Kedah Yang Baharu Apabila Luahannya Menjadi VIRAL Baru-Baru Ini !!!
P.S. 2 – Apa Yang Pemandu Mpv Ini LANGGAR Di LPT2 Bakal MENGEJUTKAN Ramai Orang !!!
P.S. 3 – Inilah LUAHAN Menteri Besar Kedah Apabila Gambar Beliau “Pejam Mata” Di Majlis Angkat Sumpah Jadi VIRAL !!!
P.S. 4 – “Kenapa Nak Tukar MB Kedah,Pahang Lagi Teruk Dengan Pelbagai Masalah” Inilah Komen PEDAS Bekas Naib Ketua UMNO Yang Bakal Buat PM SENTAP !!!
P.S. 5 – “Siapa Peguam Negara Hendak Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Pentadbiran SPRM?” Soal Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan !!!

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *