‘Dahlah Takde Duit Mas Kahwin, Dimakinya Pula Bakal Mertua’ Ibu Saudara Tampil Jelas Perkara Sebenar !!!

| March 29, 2016 | 3 Comments

‘Dahlah Takde Duit Mas Kahwin, Dimakinya Pula Bakal Mertua’ Ibu Saudara Tampil Jelas Perkara Sebenar !!!KUALA LUMPUR – Meskipun penjelasan dari pihak sebelah perempuan yang memetik kenyataan dari Imam Masjid Khadijiah telah dikongsikan, namun netizen masih juga tidak percaya dan menyalahkan pihak pengantin perempuan.

1

Ekoran itu, tampil ibu saudara dan kenalan rapat pengantin perempuan memberikan penjelasan dan menafikan laporan awal Kosmo! yang kononnya pengantin lelaki tidak bersalah.

“Begini, soal yang bergaduh itu sebenarnya bukan kerana duit hantaran. Punca sebenar pergaduhan itu adalah kerana mas kahwin.

“Nak kahwin tetapi mas kahwin pun tak ada, kau rasa? Selepas itu, bila sebelah perempuan ini bertanya, dia pula (pengantin lelaki) boleh pula memaki hamun mak ayah pengantin perempuan. Tak ke kurang ajar?

“Imam masjid pun cakap, puncanya sebab dia (pengantin lelaki) yang bercakap kurang ajar terlebih dahulu. Dia yang ajak bergaduh dulu. Takkanlah sebelah perempuan nak tengok sahaja kan?” kata Azrah Ayu Ohtman.

Menurut saudara rapat pengantin perempuan, Wanie Azwani, berkata, bukan sahaja mas kahwin tidak disediakan, malah lelaki itu sendiri sebenarnya tidak bekerja.

“Kami bertanya tentang duit mas kahwin, lelaki itu boleh cakap tak ada. Tak terperanjat dibuatnya? Isu baki RM5,000 itu memang kami sudah berbincang sebelum ini dan bertolak ansur. Ini mas kahwin pun dia tak ada, apa cerita? Lepas itu, nak bersikap kurang ajar lagi?

“Nak kahwin sebab suka sama suka. Sebab itu pengantin perempuan rahsiakan yang lelaki ini tak bekerja dan kaki pukul orangnya. Tetapi Allah bukakan mata dia di masjid itu dengan menunjukkan lelaki itu tidak hormat pada ibubapanya.

“Sambil menangis, pengantin perempuan meminta pernikahan itu dibatalkan tanpa hasutan dari mana-mana pihak walaupun persiapan semua telah disiapkan,” kata Wanie.

Kredit : My Media Hub

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Shark says:

    Aku tengok pengantin perempuan siap terbang tarik tudung lagi adelah, nangis ape benda. Hahaha..
    Dah tau laki xkerja awat nk kawen gak. Bongok!!!

  2. Suri rumah says:

    Tkde duit mas kawin, duit 10 ribu bole adakan plak. Mana satu yg benar. Tapi dlm video nmpk pihak pompan meroyan lebih2 lagi pengantin pompan yg tk sopan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *