Inilah Tindakkan Dr Vida Yang MENGEJUTKAN Pasukan Bola Sepak Kelantan Gara-Gara Dr Vida ‘HILANG SABAR’ Dengan Pasukan Itu !!!

| April 24, 2016 | 0 Comments

Inilah Tindakkan Dr Vida Yang MENGEJUTKAN Pasukan Bola Sepak Kelantan Gara-Gara Dr Vida ‘HILANG SABAR’ Dengan Pasukan Itu !!!KOTA BHARU: Dr Vida mengancam untuk menarik diri daripada terus menaja Kelantan sekiranya pasukan itu masih mempamerkan prestasi tidak konsisten sehingga tamat pusingan pertama Liga Super 2016 musim ini.

vida 2_2

Perkara itu dimaklumkan Dr Vida atau nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang sudah hilang sabar dengan prestasi yo-yo pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang tiga kali masing-masing kalah, menang dan seri sepanjang mengharungi sembilan perlawanan.

Jutawan kosmetik itu berkata, keadaan Kelantan tetap sama dengan musim lalu, meskipun pasukan itu sudah menerima suntikan jutaan ringgit daripadanya.

Katanya, beliau tidak mempunyai masalah untuk membuat keputusan berkenaan memandangkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ada melanggar beberapa syarat dalam perjanjian yang dibuat sebelum ini.

“Saya sudah buntu untuk memikirkan masa depan Kelantan yang ‘serba indah khabar daripada rupa’,” kata Dr Vida. “Sebaliknya, saya terus menerima tekanan daripada pelbagai pihak dan ada antara mereka menyalahkan saya apa yang terjadi.

“Sebagai ahli perniagaan, apa yang saya laburkan sudah pasti mahukan pulangan, tidak kira apa bentuk. Pelaburan itu bukan sedikit, tapi membabitkan jutaan ringgit.

“Setakat ini saya sudah membelanjakan lebih RM3 juta untuk Kelantan termasuk pembayaran gaji sebanyak RM1.7 juta.

Selebihnya kos cat Stadium Sultan Muhammad IV dan beberapa perkara lain.” Pada perlawanan malam tadi, Kelantan menang mudah 3-0 menundukkan Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, dan keputusan itu menjadikan skuad Sang Kijang kini naik tangga kelima dengan pungutan 12 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan musim ini.

Sehubungan itu, Dr Vida yang juga Penasihat Kehormat KAFA berkata, Kelantan perlu meneruskan rentak kemenangan malam tadi dengan baki dua perlawanan lagi sebelum tamat pusingan pertama.

“Bagaimanapun, apa-apa keputusan nanti membabitkan dua baki perlawanan dengan FELDA United dan Selangor, saya akan melihat prestasi mereka.

Saya mahu mereka buktikan kesungguhan untuk memenangi semula ‘hati’ saya. “Saya cuma mahu Kelantan menghargai pengorbanan saya.

Kemerosotan prestasi Kelantan turut menjejaskan imej dan jualan produk saya sebenarnya.

“Malahan, banyak perancangan yang saya mahu lakukan kepada Kelantan gagal dan tidak menjadi termasuk pembinaan hotel PQPTRW,” katanya.

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *