“Mama, Boleh Tolong Buatkan Bilik Kecil Untuk Kakak” Inilah Permintaan TERAKHIR Anak Saya Sebelum Ke Sekolah Dan Meninggal Dunia !!!

| April 26, 2016 | 1 Comment

“Mama, Boleh Tolong Buatkan Bilik Kecil Untuk Kakak” Inilah Permintaan TERAKHIR Anak Saya Sebelum Ke Sekolah Dan Meninggal Dunia !!!Kuala Lumpur: Lyana Shaqirah Amin, 12, yang meninggal dunia selepas pengsan di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, di sini, semalam meminta dibuatkan bilik kecil untuknya.

lyana.png.transformed

“Mama, boleh tolong buatkan bilik kecil untuk kakak. Kakak tak nak kongsi dengan Angah lagi.” kata kanak-kanak itu kepada ibunya, Aidy Derwina Ismail, 40, beberapa jam sebelum meninggal dunia.

Aidy Derwina berkata, anaknya mengungkapkan permintaan itu pada waktu pagi sebelum ke sekolah.

“Dia kata macam tu waktu pagi sebelum ke sekolah. Tak sangka dia akan pergi meninggalkan kami,” katanya sebak.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon mengatakan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu pengsan di sekolah pada 9.50 pagi.

Katanya, dia segera ke sekolah bersendirian kerana suaminya, Amin Dahari, 51, juruukur sambilan menjaga anak bongsunya yang masih kecil di rumah.

“Bila saya sampai, wajah anak saya dah biru. Kami panggil ambulans, ambulans tak dapat datang kerana sibuk.

“Kemudian, Cikgu Farah tolong dukung anak saya dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 8 sebelum ke Hospital Selayang.

“Ketika itu, saya tahu anak saya sudah tiada. Saya nampak kawan baik arwah dari dalam kereta, saya cakap dengan mereka, Lyana dah tiada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 11, Gombak, pagi tadi.

Aidy Derwina berkata, Lyana rajin ke sekolah dan tetap mahu bersekolah walaupun tidak sihat memandangkan akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Katanya, pada malam sebelum kejadian juga, anaknya yang mesra disapa kakak dalam keluarga meminta dia mengurutkan tangannya yang sakit.

“Malam itu dia ada cakap sakit tangan, suruh urutkan. Tapi saya bergurau suruh urut sendiri.

“Tak sangka dia nak bermanja dengan saya buat kali terakhir,” katanya.

Lyana Shaqirah antara 60 pelajar sekolah itu yang tersenarai dalam Program Champion, iaitu pelajar cemerlang yang disasarkan untuk memperoleh 6A dalam UPSR.

Dia menyandang jawatan sebagai pengawas sejak di tahun tiga dan aktif dalam kegiatan sukan seperti olahraga sehingga pernah mewakili sekolah dalam acara merentas desa.

Allahyarham yang bercita-cita menjadi seorang doktor dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu selepas Maghrib, semalam.

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *