Kanak-Kanak Kecil Ini Ambil Masa 20 Minit Beratur Untuk Dapatkan Air…Tiba² Abang Honda Cakap…”Maaf, Air Dah Habis Dik” Tetapi Apa Yang Kanak-Kanak Ini Dapat Amat BERMAKNA !!!

| April 27, 2016 | 0 Comments
Kanak-Kanak Kecil Ini Ambil Masa 20 Minit Beratur Untuk Dapatkan Air…Tiba² Abang Honda Cakap…”Maaf, Air Dah Habis Dik” Tetapi Apa Yang Kanak-Kanak Ini Dapat Amat BERMAKNA !!!Nampak tak dalam gambar tu…cer teka budak² sekolah tu tengah buat apa ? Sebenarnya budak² sekolah ramai² tu tengah berebut² beli air twister orange + ice dalam cup harga seringgit je 1 cup. Cuaca panas² sekarang, bijak abang kereta honda ni mengambil peluang untuk berniaga dalam masa yang sama membantu menghilangkan dahaga budak² balik sekolah. Salute! Tapi saya bukan nak cerita pasal tu…
Kerana air oren twister RM1, anak saya tersepit dicelah pelajar ini. Tapi sesuatu diluar jangkaan berlaku...

Dalam ramai² budak kat situ, ada terselit anak saya, Zarif Haikal kat tengah² asakan budak² yang lebih besar dan tinggi dari dia. Ini kali pertama Zarif minta izin dengan saya nak beli air. Mungkin sebab dia tengok twister orange kot. Masa permulaan Zarif beratur, cuma ada 4-5 orang budak je dekat situ…sehinggalah semakin ramai dan semakin tenggelam dia dari pandangan saya. Budak beli air bersilih ganti. Tapi Zarif, belum selesai lagi. saya tengok jam dah hampir 15 minit. Dalam hati terdetik, perlu ke saya pergi dan tolong dia…tapi saya tak pergi…ini pengalaman pertama dia. Saya mahu dia lalui sendiri dan belajar…tapi dalam hati saya berdoa, ya Allah permudahkanlah urusan anakku…adakanlah rezeki dia ya Allah tanpa henti…hehe beli air je kan…

Masuk minit ke-20, saya ambil keputusan untuk turun dan pergi tengok. Tengok je. Owh, Zarif sudah ada dihadapan…Alhamdulillah bisik hati saya. Tiba² abang honda cakap “maaf, air dah habis dik” Allahu, hati saya sebak. Zarif menahan air mata. Saya faham perasaan dia…sedih…kecewa…dia teringin sangat…mungkin dahaga sangat. Dia usaha tapi tak dapat. Air je pun. Bukan tak boleh beli lepas ni…tapi saya tahu dia usaha. Itu usaha dia…tapi tak dapat seperti yang dia harapkan. Pasti dia kecewa…

Masuk dalam kereta, saya pegang tangan dia kemas². Saya usap rambut dia. Air mata dia gugur dan menahan sedu…

“Zarif, mama banggaaaaaa sangat² dengan Ayif. Dalam ramai² budak yang beli air tu, anak mama sorang je yang beratur dan kekal beratur. Walaupun orang potong Q, orang tolak, orang berebut…Ayif tak ikut sama berebut²…Ayif tetap beratur…Ayif sorang je. Masha-Allah hebat…mama bangga sangat. Bayangkan kalau sekecik² peraturan seperti beratur pun kita tak dapat nak buat, peraturan lain apatah lagi. Senang² je kita langgar. Tapi Ayif berjaya. Ayif berjaya buat…Ayif tak ikut orang. Mama bangga. Mama yakin rezeki Ayif lebih besar sebenarnya hari ni…terang saya dalam sebak…

PERTAMA : Ayif dapat belajar, bukan senang nak dapatkan sesuatu. Kena usaha…selama ni, Ayif mintak je dari mama. Semua mama sediakan depan mata Ayif. Ayif tak tahu macamana susah mama usaha. Tapi hari ni, Ayif dapat belajar…bukan senang nak dapatkan sesuatu. Kita buat cara yang betul tapi akan sentiasa ada orang yang buat apa saja tak kira betul atau salah untuk dapatkan apa yang dia nak. Kalau kita tak kuat, kita akan ikut dia jugak sama² buat yang tak betul. Tapi Alhamdulillah Ayif tak…Allah bagi Ayif kuat…Allah bagi Ayif sabar. Allahuakbar syukur sangat…

KEDUA : Rezeki kita Allah yang tentukan. Kalau Allah kata bukan rezeki kita, dah ada depan mata sekali pun, kita tak dapat…kena sentiasa mohon pada Allah dan berbaik sangka dengan Allah sebab Allah je yang tahu apa yang baik dan buruk buat kita. masa bila yang terbaik buat kita. Kena usaha, sabar dan redha. Kalau dapat cakap terima kasih Allah, Alhamdulillah…kalau tak dapat pun cakap terima kasih Allah. Jangan marah atau salahkan Allah.

KETIGA : Saya tanya, “Ayif, kalau tetiba Ayif nampak budak depan Ayif yang dapat air yang last sekali tadi dia minum sikit je pastu dia buang je air tu, apa perasaan Ayif? “Ayif marahlah!” kata zarif. Haaa cuba ayif bayangkan, makanan Ayif, air Ayif selama ni kalau Ayif tak nak dah, tak sedap la, dah kenyang la…pastu Ayif buang je…agak² kalau budak² dekat Palestin, Syria tengok, diorang marah Ayif tak? Diorang nak makan tapi takda makanan. Kita ada makanan tapi kita buang je. Sama macam air tadi…ayif nak air tu tapi ayif tak dapat. Kalau tengok budak lain buang je…Ayif marah kan…Zarif tunduk dan angguk…

Sepanjang pemanduan, kami berdua senyap dalam kereta. 10 minit selepas conversation tadi…Zarif bersuara.. “mama, Ayif dah paham dah”. Saya terpinga²… “Ayif paham apa?” ” Ayif dah paham apa maksud ‘SYUKUR’… lepas tu dia senyum semanis² senyum dia bagi. Senyum puas…senyum bangga…senyum gembira…Allah, tersentak hati saya…dia berfikir rupanya. Anak 8 tahun ini berfikir apa yang telah saya sampaikan pada dia. Masha-Allah…saya peluk dia…Alhamdulillah, kan mama dah cakap Allah bagi rezeki lebih besar untuk Ayif hari ni. Allah bagi rezeki belajar dan Allah bagi rezeki kefahaman. Dia tersenyum gembira dan bangga. Sampai saja di rumah, dia terus bukak peti sejuk. Dahaga sangat agaknya. Tengok² eh, ada 2 botol besar orange twister. “mamaaaaaa…tengok ni!” Ya Allah rezeki Ayif. Saya beli 2 hari lepas tapi lupa pulak ada kat rumah. Huhu…

Hebatnya Allah. Maha hebat…tarbiah melalui kehidupan sehari²…melalui sesimple² perkara tetapi tarbiah Allah menusuk jauh ke dalam hati. Allahu…nak didik anak mama pun dapat belajar sekali..pengalaman tidak ada yang tidak berguna. Alhamdulillah…

“Katakanlah pada mereka, wahai Muhammad ! Sesungguhnya Allahlah yang telah mencipta kamu semua dan telah mengadakan pada kamu Pendengaran (telinga) dan Penglihatan (mata) serta hati (untuk kamu mencari dan bersyukur kepada-Nya); Malangnya! Amat sedikit sekali kamu bersyukur pada-Nya”.(23)-Surah Al-Mulk.

Luahan oleh Nadia Noordin

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Pendidikan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *