Inilah Keadaan Dua Pelajar Yang Cedera Teruk Akibat Diserang Kumpulan Pelajar Yang TERSALAH ‘Musuh’ !!!

| April 8, 2016 | 0 Comments

Inilah Keadaan Dua Pelajar Yang Cedera Teruk Akibat Diserang Kumpulan Pelajar Yang TERSALAH ‘Musuh’ !!!KUALA LUMPUR: Kesilapan identiti menyebabkan dua pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di Setiawangsa di sini, parah dalam pergaduhan membabitkan pelajar tiga sekolah lain di Wangsa Maju, semalam.

belasahbudak001.transformed belasahbudak002.transformed

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan, mendakwa diserang sekumpulan pelajar.

Ketika kejadian, mangsa yang melalui Jalan Wangsa Siaga di sini, terserempak dengan sekumpulan 15 lelaki menaiki lapan motosikal dipercayai pelajar sebuah sekolah di Lembah Keramat.

Mereka dikatakan bersenjatakan besi, cota, kayu besbol, topi keledar dan kayu.

Kumpulan terbabit secara tiba-tiba mengejar mangsa yang disangka `musuh’ dari dua sekolah lain, di kawasan Jalan AU5D/1, Lembah Keramat, Ampang.

Susulan kejadian, beberapa penduduk menghubungi polis sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Melawati tiba ke tempat kejadian lalu menahan 12 daripada pelajar terbabit.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Siasatan dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju bagi mengenal pasti mereka yang terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, mengesahkan kejadian berkenaan.

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *