“Tidak Perlu Mempelawa Dr Zakir Naik Ke Malaysia” Inilah Kata Nazri Aziz Tentang Kedatangan Dr Zakir Naik Ke Malaysia Yang Bakal Buat Ramai Orang PANAS TELINGA !!!

| April 14, 2016 | 1 Comment

“Tidak Perlu Mempelawa Dr Zakir Naik Ke Malaysia” Inilah Kata Nazri Aziz Tentang Kedatangan Dr Zakir Naik Ke Malaysia Yang Bakal Buat Ramai Orang PANAS TELINGA !!!…PUTRAJAYA: Tidak perlu mempelawa pendakwah kontroversi seperti Dr Zakir Naik ke Malaysia dan mencetuskan huru-hara yang perlu dibersihkan selepas itu.

nazri-zakir

Ini kerana, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Malaysia sudah mempunyai ulama sendiri.

Beliau menyifatkan tindakan membawa Dr Zakir ke negara ini untuk berceramah mengenai agama sebagai tidak perlu, kerana walaupun ada yang menyifatkannya “sederhana” selepas mendengar syarahannya, penganut agama lain mungkin tidak sependapat.

“Semuanya tentang persepsi dan persepsi dibuat berdasarkan apa dilakukannya sebelum ini. Saya rasa jika anda mahu bercakap mengenai agama, cakaplah tentang agama anda sendiri.

“Untuk mengadakan satu sesi (di mana anda membuat) perbandingan (dengan agama lain), anda terikat kepada kesimpulan agama anda lebih baik.

“Lagipun, adakah ia perlu? Adakah umat Islam di sini perlu diberitahu yang kita tidak berada di landasan betul? Saya rasa tidak. Dengan mempelawa lelaki ini untuk memberi syarahan di sini, sudah tentu akan mendapat tentangan pihak tertentu,” katanya kepada FMT.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, landskap masyarakat berbilang agama di negara ini perlu dilindungi daripada sebarang tindakan yang mungkin mencetuskan perpecahan.

Beliau berkata, ia bukannya mengenai kebebasan bercakap, tetapi yang penting ialah keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Ia untuk memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah belah disebabkan seseorang yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Malaysia. Dia akan bagi ceramah dan tinggalkan negara ini.

“Kita yang ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin ditimbulkannya. (Mempertimbangkan) apa yang dia cakap sebelum ini, adalah biasa untuk penganut agama lain yang telah diperkecilkannya, bimbang tentang kedatangan lelaki ini ke sini,” katanya.

Kehadiran pendakwah kelahiran Mumbai itu ke Malaysia telah membangkitkan kemarahan masyarakat Hindu yang menghina dewa dan kepercayaan mereka terhadap amalan pemakanan sayur.

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu turut dihalang berceramah di Kanada dan United Kingdom, kerana menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda.

Sumber : Free Malaysia Today

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Queen says:

    Saya sangat setuju…tidak perlu pendakwah seperti ini didengar dakwahnya…ini salah satu tokoh yang mengundang perang dunia…ga bagus…ceramahnya terbalik-terbalik….saya seorang mualaf…dan dalam ajaran yg dulu saya anut,saya tidak pernah diajarkan tentang keburukkan agama lain…tapi saya selalu diajarkan tentang kasih…sadarlah wahai manusia…pilih neraka atau syurga…cinta damai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *