Ramai Yang TAK TAHU… Sebenarnya Pemilik Dan Pengasas “Hacks” dan “Sunquick” Seorang MUSLIM !!!

| May 11, 2016 | 0 Comments

Ramai Yang TAK TAHU… Sebenarnya Pemilik Dan Pengasas “Hacks” dan “Sunquick” Seorang MUSLIM !!!Sekirnya disebut nama Datuk Seri Barkath Ali Abu Backer, mungkin ramai yang terlopong mulut menggeleng-gelengkan kepada menyatakan tidak kenal pada pemilik nama tersebut.

hack

Namun jika kami sebut jenama “Hacks” dan “Sunquick”, kami yakin bahawa boleh dikatakan semua rakyat Malaysia tahu tentang gula-gula dan jus oren yang kini dipelbagaikan perisa yang sememangnya terkenal di negara kita.

Sebenarnya, tokoh perniagaan India Muslim yang disebut nama di atas itulah pengasas, pemilik dan individu yang bertanggungjawab menghasilkan gula-gula jenama Hacks dan jus oren Sunquick.

Menurut bekas wartawan terkenal, Syahril A Kadir, asal-usul empayar Hacks bermula di era arwah bapa Barkath, Allahyarham Haji Abu Backer yang pada ketika itu telah membuka sebuah kedai runcit yang agak kecil, Barkath Stores, di Pulau Pinang.

Slug: (Barkath) Tarikh: 08-03-2005: BARKATH Ali menunjukan sebahagian daripada produk yang dihasikan oleh Kumpulan Barkath. Gambar: Sazali Che Din / Pemberita: Wan Najib Wan Daud. (Untuk meja ekonomi) BARKATH ALI ABU BACKER MENUNJUKKAN DUA JENAMA TERKENAL - SUNQUICK DAN HACKS - YANG KINI MENJADI TULANG BELAKANG KUMPULAN BARKATH DI PULAU PINANG BARU-BARU INI. NOTA: IMBASAN 4 APRIL 2005 MUKA 21Datuk-Seri-Barkath-2

“Pada era 50’an, gula-gula Hacks yang diimport dari England mendapat sambutan yang cukup hebat di sini. Lalu arwah Haji Abu Backer menghubungi syarikat itu di England dan menyakinkan mereka yang beliau mampu menjadi ejen tunggal gula-gula itu.

“Disebabkan kesungguhan beliau, pembuat Hacks, White Hudson Pte Ltd bersetuju dan melantik arwah sebagai ejen tunggal Hacks untuk Malaya dan Singapura,” jelas Syahril.

Namun pada sekitar tahun 1965, dikatakan akibat kelewatan proses menghantar gula-gula Hacks dan juga akibat cukai yang tinggi serta persaingan harga, arwah telah meminta White Hudson Pte Ltd, supaya berkongsi niaga dengan pihaknya untuk menghasilkan gula-gula Hacks di Malaysia.

“Lalu arwah menghantar anak lelakinya itu iaitu Datuk Seri Barkath ke England semata-mata untuk mempelajari teknik-teknik penghasilan dan pemasaran Hacks. Setahun kemudian, beliau telah kembali ke Malaysia dan dengan jayanya melancarkan syarikat Hacks Malaysia Sdn Bhd.

barkath

“Dalam masa yang masa, Barkath Stores telah menjadi pengedar untuk minuman oren Sunquick yang dibuat oleh syarikat Denmark, Co-Ro Food A/S dan memasarkannya di dalam lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Sekarang ini Sunquick pun mereka dah hasilkan sendiri!,” jelas Syahril.

Syahril turut memaklumkan bahawa Barkath telah diwawancara secara eksklusif oleh rakannya, Nazira Nazir dan bakal disiarkan di kaca televisyen esok menerusi RTM2.

Katanya, meskipun rancangan yang akan tersiar pada jam 11 pagi itu adalah berbahasa Tamil, namun ia mempunyai “subtitle” bagi mereka yang tidak tahu bahasa berkenaan.

P.S. 1 – Tindakkan Lelaki Ini MENGEJUTKAN Satu Sekolah Apabila Dia MENCEROBOH Tandas Perempuan Hanya Kerana Ingin….
P.S. 2 – Wanita Ini Dihadiahkan Ais Krim Je Dari Suaminya, Tapi Bila Tengok Didalam.. Sweet Gila!!!
P.S. 3 – “Suami Hilang Ingatan Akibat Strok Haba”
P.S. 4 – “Kata Susah Dan Derita Dengan GST Tapi Lebuhraya Sesak,Lapangan Terbang Sesak Pergi Umrah Dan Bercuti”Inilah Hujah YB BN Tentang GST !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Perniagaan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *