Selepas VIRAL Pemain Denmark “Berguru” Dengan Misbun Sidek…. Akhirnya Khairy Jamaluddin BUKA MULUT !!!

| May 24, 2016 | 0 Comments

Selepas VIRAL Pemain Denmark “Berguru” Dengan Misbun Sidek…. Akhirnya Khairy Jamaluddin BUKA MULUT !!!PUTRAJAYA: Pendedahan mengenai beberapa pemain Denmark pernah berguru dengan Datuk Misbun Sidek di Kelab Badminton Nusa Mahsuri tidak harus dijadikan isu di sebalik kekalahan skuad Piala Thomas Malaysia kepada negara itu, baru-baru ini.

bad

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata adalah keterlaluan untuk mengatakan kejayaan itu hasil latihan yang diterima pemain Denmark daripada Misbun kerana mereka hanya menghabiskan masa beberapa hari bersama bekas jurulatih negara itu.

“Ia bukan satu isu kerana mereka bukannya berlatih di situ, sebaliknya cuma meluangkan masa beberapa hari bersama Misbun di kelab itu sebelum menyertai Kejohanan Terbuka Malaysia, bulan lepas.

13239954_1757883271111905_865393353526402943_n

“Saya fikir perkara ini hanya diperbesar-besarkan…mereka meluang masa beberapa hari dengan Misbun, itu tidak bermakna anda boleh mengatakan mereka berlatih di bawah beliau dan beliau adalah jurulatih mereka,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kementerian itu dengan Kumpulan DRB-Hicom di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan media bahawa di sebalik kejayaan pasukan badminton Denmark menjulang Piala Thomas buat kali pertama, Ahad lepas, wujudnya ‘sentuhan’ Misbun yang menjadi ‘guru’ kepada beberapa pemain pasukan itu.

Antara pemain berkenaan termasuk wira yang menyumbang mata kemenangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus dan Jan O Jorgensen. Lebih memilukan, skuad Malaysia yang diketuai jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei tumpas 2-3 di tangan Denmark di separuh akhir, sekali gus gagal mengulangi pencapaian tempat kedua di New Delhi, India, dua tahun lepas.

13226907_1757883311111901_3921312020882350602_n 13263784_1757883361111896_7385668950231292561_n

Mengenai andaian bahawa Misbun membantu Denmark dalam kejayaan itu, Khairy berkata Misbun bebas melatih sesiapa sahaja kerana bukan berada di bawah struktur Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Malah, katanya, sebagai kelab persendirian, Nusa Mahsuri juga bebas dan boleh melatih sesiapa sahaja yang mengunjungi kelab itu jika mereka mahu berbuat demikian.

Beliau berkata, isu pemain berlatih dengan pihak luar daripada persatuan bukan satu perkara besar kerana beberapa pemain Malaysia yang beraksi di Kunshan, China seperti Chong Wei Feng dan Koo Kien Keat juga datangnya dari kelab persendirian.

Khairy juga berkata kenyataannya mengenai khidmat Chong Wei masih diperlukan untuk menghadapi kejohanan Piala Thomas pada 2018 adalah lebih kepada ‘pilihan taktikal’ bukannya satu kemestian.

“Saya hanya menyebut beliau sebagai satu kemungkinan pilihan taktikal. Saya tidak berkata saya mahu beliau kekal…ia adalah kemungkinan pilihan taktikal, untuk perseorangan ketiga jika diperlukan, itu sahaja,” katanya. – BERNAMA

P.S. 1 – Baru Masuk Islam.. Respons Majikannya Buat Dr Zakir Naik PILU !!!
P.S. 2 – Wartawan The Star Dedah BAHAYA Minum Dari Mesin Air Layan Diri Yang Ramai TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Kahwin Suami ALIM Di Depan. Rupa-rupanya Malam Itu Suami Saya Sanggup Kunci Pintu Kerana…….
P.S. 4 – Isu D’Herbs KFA… Ini Luahan Warga Pokok Sena Yang Buat Ramai Tumpang SEDIH !!!
P.S. 5 – PANAS….Inilah Pendedahan TERBARU DS Mukhriz Mahathir Tentang Isu 2.6b Yang Buat Ramai Ahli UMNO TERKEJUT !!!

Tags: , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *