VIRAL Video Seorang Ustazah REBAH Dan Meninggal Dunia Ketika Membaca Doa… Ini Cerita Dari Suami Arwah Yang Bakal Buat Ramai Orang SAYU !!!

| May 11, 2016 | 0 Comments

VIRAL Video Seorang Ustazah REBAH Dan Meninggal Dunia Ketika Membaca Doa… Ini Cerita Dari Suami Arwah Yang Bakal Buat Ramai Orang SAYU !!!JITRA – Seorang ketua bacaan Yasin yang juga ketua mandi jenazah bagi kaum muslimat setempat meninggal dunia ketika sedang membacakan doa Yasin pada program Israk Mikraj di sebuah Masjid di Changlun, Sabtu lalu.

image

Halimah Ramli, 58, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Limah rebah secara tiba-tiba sewaktu membacakan separuh daripada doa tersebut.

Allahyarham yang mewakili kariah Masjid Al-Mutaqqin, di sini, dikatakan mengambil wuduk sebelum itu.

Difahamkan, terdapat tujuh peserta yang dijemput membaca doa pada program berkenaan dan Allahyarham adalah yang keempat.

Allahyarham yang disegani masyarakat setempat buat pertama kali turut meminta rakannya agar merakam video ketika dia membacakan doa tersebut.

Bagaimanapun dengan takdir ALLAH, Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika sedang berdoa.

Video berdurasi 2:51 minit itu kemudiannya dimuat naik di laman sosial Facebook dan dikongsi  11,002 pemilik akaun Facebook, selain turut didoakan supaya arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Suaminya, Ismail Long, 66, menzahirkan rasa sedih atas insiden itu dan berkata beliau tidak menyangka isterinya akan pergi buat selamanya dalam keadaan begitu tenang.

“Dia bukan tok guru, bukan ustazah, cuma dia tolong ajarkan penduduk setempat mengenal huruf dan baca al-Quran.

“Dia ajar secara sukarela, tak mengharapkan apa-apa bayaran. Dia buat kerja ini ikhlas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Allahyarham seorang isteri yang baik, sentiasa taat pada perintah ALLAH dan memperjuangkan Islam.

“Sebelum ini, dia tak ada pula tunjuk perubahan sikap. Cuma sehari sebelum dia meninggal, dia nak hadir satu majlis di masjid tapi dia pakai serba putih dari tudung sampai ke sarung kaki, semua putih.

“Kira-kira 6 petang dia balik. Saya tanya kenapa pakai semua putih. Dia jawab saja nak buat perubahan. Itu saja. Lepas itu dia tak cakap apa-apa lagi dengan saya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada keesokan harinya,” katanya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Mahsuri, Jitra kira-kira jam 9.30 malam pada 7 Mei lalu.

Ismail mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung atau tidak langsung menguruskan pengebumian arwah isterinya dan kepada semua pihak yang mendoakan Allahyarham.

P.S. 1 – Inilah Diantara KESALAHAN-KESALAHAN DS Vida Ketika Berada Di Bangku Simpanan Pemain Sehingga Beliau Diberi AMARAN !!!
P.S. 2 – ‘Hina Sangat Ke Saya Kahwin Dengan Orang Tua?’
P.S. 3 – Suami Selalu Bawa Anak Naik Ke Tingkat Atas, Rupa²nya…
P.S. 4 – “Bekas Peguam Negara Ada Bukti Terhadap Najib” Inilah Penjelasan TS Muhyiddin Yassin Dalam Sidang Media Sebentar Tadi !!!
P.S. 5 – Individu Ini Didatangi Peminta Sedekah,Alangkah Terkejutnya Wanita Tua Itu Sebenarnya Bekas…

Tags: , , , , ,

Category: Fakta dan Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *